Hidup ini tidak selalunya indah, kita harus teruskan hidup, walaupun kita rasa pahit melalui segala dugaan hidup, namun hidup harus di teruskan, tabah dan sabar adalah kunci bahagia, jangan sia siakan apa kita ada, di takuti nanti kita menyesal sebab kita mengabaiknya wallahua'alam, sakit jiwa satu hal, jangan sampai kita sakit hati, mohon pada Allah insyaAllah sesuatu kejadian Allah beri pada kita mesti bersebab..take care..

Friday, June 24, 2016

Sambungan Bhg.2 Kisah Aunty BB

Saja nak kongsi cerita di sini, tentang sikap manusia ni, kadang tu orang yang betul2 buat jahat dan buat banyak kerosakkan pada masyarakat tidak di soal dan di tegur, tapi orang yang buat baik pulak di tegur dan di komen macam-macam, tak boleh tengok orang senang sikit, ada saja nak iri hati dan cemburu adoiiyaiii stress di buatnya.



<---Aunty BB di kebun (the green hand lady) sambil melambai tangan memanggil ibu, tiap kali kalau ada pokok bunga yang dia tanam menjadi, dia nak ibu tgk :) so sweet kan.

Satu contoh ibu kasilah ok, ini tentang kisah seorang teman bernama aunty BB, seorang wanita berketurunan india yang agak lanjut usia, seorang balu kematian suami kalau tak silap ibu masa usia dia 50an dia sudah kehilangan suami (sama mcm ibu), dia ada 4 orang anak 3 perempuan 1 lelaki, hidup sendiri membesarkan 4 anak bukan sesuatu yang mudah, tapi dia seorang yang kuat semangatnya, pernah suatu ketika dia berkerja sebagai pekebun, menjaga kebun kerajaan JTC


Di pendekkan cerita, aunty BB ni dia suka Gardening/berkebun, itu mmg hobbi dia, apa saja pokok yang dia tanam mesti menjadi, gemok2 pulak tu bunga2 dia tanam,  baru2 ni.. salah sorang anak perempuan dia mengidap cancer, di susuli pula menantu cina isteri kepada anak lelaki dia yang mengidap cancer sehingga membawa maut, selepas itu anak lelaki dia pulak sakit2 yg ibu tau merisaukan dia.




<-- Di Flower by the bay

Jadi ibu rasa sebagai teman walau hanya di garden, ibu perihatin kepada dia dan selalu ambil tahu kalau2 dia ada masalah atau pun memerlukan pertolongan, ibu akan pastikan yang ibu ada untuk bantu, sepertimana ibu ada selalu untuk orang tua ibu. Sejak kematian menantu dia, ibu dapat rasakan dia bersedih tapi dia tak pernah luahkan, kadang dia duduk di garden tempat kami berkebun, sementara tunggu cuaca tidak panas, dia mengait dan dia habiskan masa berkebun.



Ibu fikir apa yang boleh ibu sebagai kwn bantu dia? ibu fikir dan soal hati sendiri, akhirnya dgn tidak fikir panjang dapat 1 idea, kebetulan dia suka bunga bungaan, setiap kali ibu ke Garden by the Bay atau Fareast Flora ibu akan bawa dia bersama, kadang tu bila di sana mcm dia taknak balik :) mungkin seronok tgk bunga2 tu, dan setiap kali balik dari sana...ibu belikan dia sepasu pokok atau bunga, untuk dia tanam di RC tentu dia suka, fikir ibu dalam hati (mmg pun dia suka)


Setiap balik dari tempat2 ni ibu bawa banyak pokok bunga dan kebetulan ibu suka juga tanaman pokok dan bunga di koridor rumah ibu, jadi ada satu hari ni...sesaorang ni bertanya pada ibu

Hamba Allah: banyaknya beli bunga.. beli dkt mana tu?
ibu: oo bunga ni ke? beli dkt Fareast Flora kenapa cik?
Hamba Allah: oh tak ada lah tanya jer, pergi dgn siapa tu (sambil terjenguk2 melihat ke arah Aunty BB
Ibu: ohhh pergi dgn makcik tu (jawab berseloroh sambil ibu tunjuk Aunty BB) mana saya pergi kalau tempat bunga2 ni cik, dia kena ikut, sebab dia bodyguard saya (ketawa kecil dgn aunty bb)
Aunty BB: dia ada ada saja, dia memang suka bawa saya, dia ajak saya ikutlah
Hanba Allah: oh yer ke? ingatkan dgn siapa lah awak pegi tadi, sanggup bawak dia (yg di maksudkan tu aunty BB) 
Ibu: yer cik tak apa pun bawak dia tak rugi pun saya, lagi pun kesian dia, bawak dia tengok bunga jer dah buat dia happy tu, tgklah tu (kami gelak) lagi pun cik apa salahnya kita buat baik pada orang lain kan? nak berkawan atau buat baik tak kan pada bangsa kita jer yer tak? biar adillah pada semua yang perlukan pertolongan kita, kira kata orang putih tu no boundry lah cik
Hamba Allah: ah yer lah (dia mula tone down suaranya, agaknya baru dia terfikir kebenaran pada kata2 ibu tu, fikir sejenak dia)

akhirnya perbualan kami habis di situ jer ibu minta diri dan pergi ke arah aunty BB kami bual pasal mcm mana nak tanam pokok lepas tu dia pun minta diri nak balik

insident kedua........
setiap bulan biasanya ibu kalau jumpa aunty bb ni ibu selalu beri dia sikit duit jajan/duit belanja, jadi dia boleh beli apa dia nak makan atau nak masak, tersenyum lebar dia kalau dapat, biasanya ibu sorok2 kasi, tak mahu orang lain nampak, satu hari tu ada beberapa orang ni ternampak ibu kasi duit pada aunty BB, ada saja suara menegur, ada saja manusia2 ni nak ckp sesuatu, kasi orang india tua ni duit pun jadi persoalan? macam ler ibu guna duit dia, ibu kasi ikhlas tak fikir apa pun, walaupun tak banyak tapi ntahlah ibu memang saja nak sedekah, tapi biasalah kalau di garden tu mmg ramai orang sekeliling, sesekali mata memandang ke arah kami berdua, yang berbual kadang gelak dua2 ni, pada ibu biarlah.. orang lain tak suka... itu masalah dia.. ibu tak ganggu sesiapa, ibu buat apa yang ibu suka, sekadar nak menceriakan sikit hari dan hati aunty BB tak salah kan? kadang kata tu hal ini buat orang mata merah pulak...


aunty bb selalu bercerita pada ibu yang dia selalu cerita pasal ibu kepada anak2 dia, ttg apa yang ibu lakukan untuk aunty bb, sama ada bwk dia jalan atau sedekah pada dia, dan baru2 ni ibu buat facebook dia, agak senang anak2 dia di luar negeri tgk apa mak dia buat di singapura, ibu tegur aunty bb ni 'adoiiiyaii kenapa cerita orang bb?' dia jawab dgn ketawa: apasal saya takboleh ckp sama diaorang? saya cerita hal betul, mmg awak buat itu semua kan?.. cerita yang baiklah jangan takut'

hehe ada ada saja aunty bb ni, apa pun ibu bersyukur ada kwn macam dia, walaupun jarak usia ibu dgn dia jauh 30 tahun tapi kami ni mcm adik beradik yang mak lain bapak lain haha bleh gitu ...


ps: walaupun aunty bb ramah pada semua orang, dan ramai kawan, namun pada hakikatnya dia hidup sendiri, seorang ibu tunggal yang selalu tinggal sendirian, seorang yang berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain, dan ibu faham bagai mana perasaan dia bila hidup sendiri tentu saja rasa sunyi 

gitulah cerita nya...apa pun ibu nak katakan di sini ialah...kalau nak buat baik berpada2 dan tiada batasan ke arah kebaikkan, haruslah ikhlas dan tidak menunjuk2, moga segala apa yang kita lakukan tu dapat memberi satu inspirasi untuk lakukan yang sama, kita jugak dapat pahalanya yer tak? jadi pada yang membaca ni...kalau nak but baik.. jangan teragak2, dan jangan takut dengan komen2 sinis atau kata2 orang ok.. buat apa yang korang fikir baik.. dan tak rugi pun kalau kita tolong orang lain PAHALA BESAR nya - coretan Ibu sendiri (maafkalah tak tersusun ayat)

No comments:

Post a Comment